top of page

Pengenalan Madrasah Tahfiz Al-fath

            Madrasah Tahfiz Al-Fath merupakan sebuah pusat pembelajaran dan penghafalan Al-Quran yang ditubuhkan secara persendirian dengan harapan untuk melahirkan para Hafiz yang mantap hafazannya, berilmu, berakhlak dan berketerampilan dalam masyarakat. Di atas kesedaran bahawa kecintaan terhadap Al-Quran dikalangan masyarakat Islam kini semakin berkurangan malah hampir luput, maka madrasah ini berhasrat untuk menanamkan sifat kecintaan terhadap Al-Quran terutamanya di kalangan pelajarnya agar rahmat Allah sentiasa melimpahi kita.
              

               Pembinaan Madrasah ini juga bertujuan supaya masyarakat tempatan khususnya dan di tempat lain umumnya dapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang diprogramkan, terutamanya golongan muda yang kini semakin jauh dari agama. Mudah-mudahan Madrasah ini dapat membantu pelbagai pihak  dalam mengatasi masalah gejala sosial yang semakin meruncing. Madrasah ini terletak di Kg. Parit Sawah 84710 Kundang Ulu Muar Johor, iaitu di kawasan perkampungan lebih kurang 48 km dari bandar Muar yang mempunyai suasana yang amat sesuai bagi mereka yang ingin menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama.

"Engkaulah Maha Pengurnia, pintu rahmatMu sentiasa terbuka untuk mengurniakan."

VISI MTF

" Al-Quran Dan Al-Sunnah Penyelamat Umat"

 

SEJARAH MADRASAH

​

Tempoh Pengajian

1. Bagi Pelajar Iqra'

Bagi pelajar yang tidak tahu langsung membaca.       Kebiasaanya mengambil masa selama 6 bulan untuk kelancaran Iqra'

 

Madrasah Tahfiz Al-Fath telah dibina di atas tapak yang telah diwakafkan oleh Tn. Hj. Ali Othman b. Rawi. Beliau juga telah mengasaskan pembinaan kemudahan asas untuk madrasah yang merupakan sebuah surau, sebuah bangunan asrama serta ruang makan yang telah disiapkan pada Mac 2003. Sebuah lembaga Tadbir Madrasah telah ditubuhkan bagi memantau dan menguruskan perjalanan Madrasah. Dengan izin Allah, Madrasah telah memulakan pengajiannya pada bulan Mei 2003 dengan 6 orang pelajar sulongnya.


Alhamdulillah, jumlah pelajarnya telah meningkat dari semasa ke semasa sehingga pihak Madrasah terpaksa berusha untuk membina sebuah bangunan lagi dan telah siap  pada Mac 2006. Bangunan tersebut digunakan sebagai penempatan pelajar, pejabat dan ruang khusus untuk mesyuarat atau majlis-majlis tertentu. Namun, oleh kerana sambutan dari orang ramai amat menggalakkan dan ramai pelajar yang masuk maka bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-keperluan mereka seperti kelas, mini perpustakaan, tempat tinggal dan sebagainya.


Sehingga tahun 2013, Madrasah Tahfiz Al-Fath telah mempunyai seramai 87 pelajar dan 7 orang ustaz iaitu satu tahap maksimun yang mampu ditampung oleh madrasah. Oleh sebab sambutan masyarakat terhadap Madrasah Tahfiz Al-Fath semakin meningkat, pihak pentadbiran telah merancang untuk membina bangunan asrama 3 tingkat bagi membolehkan penambahan pelajar. Suntikan dana amatlah diperlukan dan dalam menyelesaikan perkara ini, pihak pentadbiran telah menubuhkan tabung pembangunan bagi merealisasikan rancangan tersebut.

 MISI MTF

" Untuk melahirkan para tafiz yang sentiasa mencintai,

mengagung dan berpegan teguh dengan Al-Quran serta berketerampilan dalam masyarakat

 

 OBJEKTIF MTF

 MISI MTF

  • Melahirkan para hafiz Al-Quran yang mahir, lancar dan mantap bacaannya.
  •  Menerapkan asas-asas Ilmu Syariah, Bahasa Arab dan Akademik supaya pelajarnya berketrampilan dalam masyarakat.
  • Membina akhlak dan mendidik nafsu diri supaya lahir insan yang berakhlak dengan akhlak Nabawi.
  •  Mewujudka medan dakwah dan medan amal di jalan yang diredhai Allah.

​

" Mereka itu semuanya akan dibalas dengan ketinggian di syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal dalam syurga. Amatlah eloknya tempat penginapan dan tempat kediaman."

(al-furqan : 75-76)

2. Kelas Nazirah.

Bagi pelajar yang sudah lancar membaca dan hanya untuk membaiki bacaannya dari segi tajuwid, maraj' dan bacaan. Kebiasaannya mengambil masa selama 6 bulan untuk kelas  Nazirah.

 

 

3. Kelas Tahfiz

Bagi pelajar yang sudah mula menghafal. Kebiasaannya mengambil masa 3-4 tahun untuk khatam 30 Juzuk (hafazan) dan setahun untuk sijil syahadah.

 

 

bottom of page